Menyerah !
Wednesday, November 21, 2012 | 6:26 PM | 0 comments
assalamualaikum .
apa khabaq semua ?
sehat ? alhamdulillah cheq sehat .
dalam post kali ni cheq nak habaq mai tentang MENYERAH .
apa itu menyerah ? google la :)
baiklah pembaca sekalian .
menyerah bukanlah sesuatu yang mudah utk dilakukan
tetapi tidak juga susah .
bagi saya , menyerah adalah perkara biasa .
dalam hidup ni , kita diduga dgn kekalahan dan diberi nikmat kemenangan .
begitu juga sekiranya kita menghadapi pecaturan hidup .
menang kalah adalah adat .
hidup ibarat satu permainan .
kita yang menentukan menang kalah dalam hidup kita .
sekiranya kita ingin menang , maka berjuanglah sehabis baik .
jika ingin kalah , maka biarkan ianya berlalu .
tak perlu dikesal apa yang berlaku .
takdir ALLAH :)
begitu juga dengan hidupku .
saya pernah menang dan kalah .
suatu masa dahulu saya pernah menang dan rasa gembira .
tetapi kini saya kalah dan turut berduka .
tiada salahnya . keseimbangan itu perlu .
saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan .
walaupun perit dan pedih , tapi saya tak menyesal .
saya tak terfikir untuk kembali dan merampas kemenangan dari awak .
kerana saya tahu masih ada masa lain untuk saya menang .
fahamilah . saya menghadapi semuanya dengan tenang .
malah saya gembira dengan hidup sebegini .
tiada sesiapa yang harus dipersalahkan .
kalau betul awak syg dia , then go on .
saya taknak jadi tembok penghalang .
mengertilah , saya telah memilih jalan hidup begini daripada pelbagai yang lain .
saya memilih untuk bergembira dahulu dan sekarang bersedih .
saya memilih untuk dimiliki sebelum dilepaskan .
saya memilih untuk merasa kemanisan sebelum merasa kepahitan hidup .
perjuangan saya masih belum selesai .
terimalah dia sebagai insan teristimewa .
kerana dia meletakkan tinggi harapan pada awak .
tinggi harapan dia , tinggi lagi harapan saya untuk tengok kalian bahagia .
tak mungkin saya akan bahagia melihat orang lain berduka .
anggap sahajalah ini hadiah terindah dariku buatmu .
saya bukan melepaskan sesuatu kerana dia bukan milik saya .
awak juga bukan merampas sesuatu kerana dia bukan milik saya .
terima dengan ikhlas , semoga bahagia .
sudah pastinya rasa kehilangan itu tidak akan pernah lepa dari sisi .
rasa kesedihan itu tidak akan pudar dari hati .
rasa kesakitan itu tak pernah lupa munculkan diri .
itulah sebuah pengorbanan yang penuh bererti .
dirimu sudah saya anggap seperti sahabat ,
pendamping dikala sedih , didamping ketika gembira .
menyediakan bahu dikala duka , berkongsi senyuman dikala suka .
saya mohon dari dasar hati saya ,
penerimaan awak terhadapnya merupakan hadiah terindah yang pernah saya miliki .
takperlu lagi awk fikir untuk beli hadiah yang lain .
saya cuma nak penerimaan awak je .
janji dengan saya , awak akan kekal dengannya ye ?
saya menanti semuanya . saya akan setia menanti .
untuk awak sahabat setia ,
jagalah dia seperti awak menjaga nyawa sendiri .
jangan sekalikali menyakiti hatinya mahupun dirinya .
berikanlah senyuman terindah buatnya .
jangan sesekali biarkan airmatanya mengalir .
dia hadiah terindah buat awak .
sesekali , kita perlu kalah dalam kehidupan .
kita takmungkin blh selamanya berada di atas dan gembira .
menangis dan kecewa pasti ditempuhi juga .
ingatlah , selepas hujan pastikan ada pelangi :)
assalamualaikum .
''memberikan hak kepada yang berhak''-cik sastera





